Ezrin Solo Bike Touring Expedition : The first step

  • 0


Apa yang aku nak kayuh dan untuk apa? mesti la aku nak kayuh basikal dan untuk capai impian aku jadi seorang penjelajah. Tapi adakah fizikal dan mental aku cukup bersedia? Adakah aku mampu tamatkan ekspedisi ini dengan jayanya nanti? adakah itu dan adakah ini dan sebagainya. Beribu persoalan dalam kepala otak aku. Aku jadi risau. Semangat menurun kepada 20 peratus. Aku tahu aku masih belum cukup bersedia.

Tapi takkan kerana soalan bodoh macam tu aku nak give up? aku bukan jenis yang cepat meyerah kalah. aku akan terus berjuang walaupun aku tak mungkin berjaya tapi aku berusaha untuk berjaya. Dalam konsep misi penjelajahan aku ni, aku tak nampak macam mana ending mini aku nanti. adakah aku dapat habiskan kayuhan ni atau aku abaikan misi ni. aku masih samar. tapi apa yang aku pasti, aku tetap nak teruskan misi ni.

Secara mental, aku dah bersedia sebab aku sendiri dah diajar oleh abah dan mama aku untuk hidup berdikari. Dan kerana mereka lah aku masih bersemangat nak buat kayuhan ni. Takde tentangan apa apa dari parents aku bila aku cakap yang aku nak buat misi kayuhan solo ni. mereka menyokong. Tambah pulak aku dah biasa merantau dan pada aku, insyallah takde apa masalah kalau aku pergi kayuh kat negara lain.

Secara fizikal, aku mungkin ada masalah. aku takut tak cukup stamina sebab aku merokok tapi aku taknak berhenti merokok. suka hati aku la nak ke taknak kan. Sebab risau tak cukup stamina, aku pergi keluar kayuh malam malam tanpa fikir pasal keselamatan aku. aku kayuh basikal tanpa lampu, baju keselamatan dan macam macam la. Aku kena langgar dengan 4wd pada malam latihan kayuhan pertama. pengajaran yang aku dapat, jangan kedekut nak upgrade basikal kalau nak hidup lama.

Sejak kejadian tu, aku dapat kayuh lebih 30km dan aku jadikan setiap hujung minggu sebagai rutin kayuhan aku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan