Ezrin Solo Bike Touring Expedition : The Story

  • 0
Sejak dari aku kecik lagi aku ada impian nak menjadi seorang perantau, seorang penjelajah. Aku cita cita nak jadi pelayar, arkitek tapi end up jadi designer je. Impian aku untuk menjelajah masih terbengkalai. December 2013, tiba tiba datang satu perasaaan macam mimpi basah akil baligh tapi ni mimpi yang buat aku bernafsu nak kayuh basikal. Aku terus terlintas nak buat kayuhan solo menjelajah negara asing dan idea ni selaras dengan impian aku kecik kecik dulu.


"Aku nak buat Solo Bike Expedition la nanti!"

aku bersemangat dengan idea ni dan aku terus ceritakan kat kawan kawan aku, dan ini lah feedback positive dari mereka;

"wa da fak ezrin. kau tak takut kena rogol, rompak ke kayuh sorang sorang?"

"kau boleh ke kayuh ni? kaki sampai ke? kah kah kah"

"basikal kau tu mana boleh buat untuk touring."

"kau designer, ada ke masa nak kayuh semua tu"

"satu je la aku nak cakap, kau ni takde life bro."

dan berbagai bagai lagi feedback positive dari dorang. Aku jadi lagi bersemangat lepas tu. kebiasaaannya basikal lipat aku ni aku guna untuk pergi pasar beli barang dapur je. takde la terfikir nak buat untuk kayuhan jarak jauh. tapi aku yakin basikal lipat aku ni mampu untuk buat kayuhan jarak jauh. aku sangat yakin.

Aku bersama basikal Lerun NEO 20" Folding Bike dengan accessories dari TOPEAK. Gambar ketika di Mirdif City Center, Dubai. 2013.
Kerana terlalu inzal nak buat kayuhan ni, aku upgrade la basikal aku semata mata untuk solo bike touring nanti. Sejujurnya aku masih tak tahu negara mana aku nak start dan bila. Aku buat research dari pembacaan buku dan input dari internet; france, netherlands, germany adalah negara yang ramai orang berbasikal. Dan ini membuatkan aku nak kayuh kat sana. Tapi masalahnya, bila masa yang sesuai untuk aku touring kat sana? ada jugak keinginan nak terus buat artic crossing dengan berbasikal. Tapi macam biasa la, kawan melayu aku semua kata aku gila lepas kena tinggal dengan tunang. Korang memang kawan melayu yang selalu bagi nasihat tak membina. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan