Dua ribu tiga belas, dua ribu empat belas dan aku si perantau.

  • 0
Begitu cepat masa berlalu. Dah 9 hari 2013 meninggalkan kita. Sungguh aku tak tersangka begitu banyak suka duka yang aku lalui sepanjang 2013 dan kini sudah 2014 pun. Kalau nak diceritakan setiap persatu yang aku lalui sepanjang 2013 ni tak habis nak cerita dalam 1 post ni.

2013 adalah tahun paling melalaikan aku, banyak hasutan setan dan wanita, banyak dugaan Allah, dan banyak juga tangisan. Rasa disayangi, dicintai dan dikhianati. Masih terasa pedih walaupun hal ni dah lepas. Aku akui tahun 2013, aku banyak buat kesilapan dalam hidup; aku tak menyimpan, aku berbelanja bagaikan tiada lagi hari esok dan kesilapan aku terburu buru untuk membina keluarga. Kesilapan yang buat aku terduduk dan menyesal. Tapi hidup mesti diteruskan. Setiap perkara yang terjadi itu adalah dugaan Allah. Dugaan untuk kita ingat siapa kita bertuhankan. Dugaan untuk kita tahu dimana letaknya diri kita. Dugaan untuk kita fahami apa erti kehidupan ini dan dugaan untuk mereka yang lalai seperti aku.

10 bulan aku lalai, aku mula sedar dihujung tahun 2013. Aku panik. Di situ la bermulanya klimaks 2013 aku yang setiap hari penuh dengan perasaan yang bercampur baur itu dan ini. Rupanya itu lah dugaan Allah untuk aku berubah. Aku ditinggalkan oleh tunang aku atas sebab tertentu (tiada jodoh) tapi kesedihan aku tak berpanjangan. Walaupun itu adalah perkara paling menyedihkan bagi aku sepanjang 25tahun menjadi hamba Allah. 

Aku berazam nak dapatkan anugerah dalam tahun 2013, aku tak yakin boleh dapat sebab aku lalai 10 bulan pertama. Ditimpa pula dugaan yang sunggun berat tu. Oleh kerana berkat doa dan kesabaran aku melalui dugaan ni; rezeki bertambah, aku dapat terima anugerah dari sultan dubai. Alhamdulillah.

ternyata setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Tiada kita tahu cepat atau lambat. Tiada kita tahu besar atau kecil dugaan. Tiada kita tahu kemampuan kita melaluinya. 

2014, tahun untuk aku penuhkan cita cita aku sebagai seorang perantau. Hidup tanpa keluar dan melihat keindahan dunia ciptaan tuhan ini adalah hidup yang sia sia.

p/s: Rasa macam nak buat buku pasal kehidupan nomad aku la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan