Cara Malaysian di Dubai berpiknik

  • 0
Minggu ni aku dapat 3 hari cuti, so aku plan nak buat kerja kat rumah, tidur puas puas dan buat rutin kayuh basikal. Cuti hari Jumaat aku dah habis sebab aku tidur je, Sabtu pagi aku pun tidur je. Tengah hari aku dapat call dari housemate aku. Dia suruh aku bersiap sebab nak pergi piknik kat padang pasir. Aku kelam kabut la mandi dengan kelajuan cahaya dan pack barang. Good thing pasal aku time piknik, aku boleh pack barang dengan cepat and takde yang tertinggal. Housemate aku kata 15 minit kat bawah apartment.
muka stress tak sempat mandi macam manusia normal
Janji melayu........ 30 minit kemudian baru la dorang semua muncul depan building apartment. Kalau aku tahu tadi. Aku mandi macam manusia normal tahu tak. Lalu, kitorang pun drive la pergi ke padang pasir apa entah nama. Sampai sana kitorang solat asar dulu pastu terus masuk kem. 












Aku akan duduk sorang-sorang jauh dari orang lain setiap kali aku keluar melihat alam ciptaan Allah. Mencari ketenangan dan rasa bersyukur dapat menjelajah melihat keindahan alam. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan