GO ACTIVE 1 MALAYSIA : EVERYONE (GAME) IJN - PUTRAJAYA - LONDON - GENEVA

  • 0


"GO ACTIVE 1 MALAYSIA : EVERYONE (GAME) IJN - PUTRAJAYA - LONDON - GENEVA"


KUALA LUMPUR - Persatuan Warisan Anak Merdeka dengan sokongan Institut Jantung Negara, Hari ini melancarkan program 'GO ACTIVE 1 MALAYSIA : EVERYONE (GAME) IJN - PUTRAJAYA - LONDON - GENEVA', sebuah acara Pelancongan Kesihatan bersempena Hari Kemerdekaan dan Promosi Pelancongan dan Kesihatan Malaysia pada bulan Jun dan Ogos akan datang.

Pengerusi persatuan Warisan Anak Merdeka, YBhg Datuk Dr. Mohamed Alwi. Abd Rahman berkata antara lain objektif GAME adalah untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi Pelancongan Kesihatan (Health Tourism) dan Pelancongan Dua Roda (Two Wheel Tourism) kepada dunia.

"Tidak ramai yang sedar, kita boleh menjaga kesihatan, melancong, melihat keindahan sesuatu tempat itu serta mengeratkan silaturahim antara pelancong dan warga tempatan dalam masa serentak," Kata beliau di majlis pelancaran GAME, di sini hari ini.

Beliau menambah, hanya dengan pelancongan Dua RODAini, para pencong dapat menenangkan fikiran, melawat dengan lebih santai, melihat keindahan dan menguatkan otot paling utama dalam tubuh, iaitu jantung.

Disamping menyemarakkan sambutan Bulan Kemredekaaan ke-58, YBhg Dato' Dr. Mohd Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara menegaskan GAME juga akan mengadakan sesi pertemuan bersama rakyat dan pelajar Malaysia untuk meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara.

Beliau juga melahirkan harapan, dengan adanya aktiviti seperti GAME ini, lebih banyak badan korporat dan NGO membantu meningkatkan bilangan pelancong negara dengan pendekatan yang baharu dan lebih santai.

"Di samping menjaga kesihatan, mereka juga membantu menjana pendapatan negara dengan meningkatkan bilangan para pelancong yang ingin beriadah sambil menikmati keindahan di Malaysia," katanya lagi.

Pada 7 Jun ini, dijangka seramai 500 peserta akan membuat kayuhan sejauh 80km dari IJN ke Putrajaya dan kembali ke IJN. Yuran hanya dikenakan hanyalh sebanyak RM120.00 bagi seorang peserta.

Seramai 30 orang pula akan membuat kayuhan Merdeka Healthy Ride yang akan disertai ahi ahli kelab sukan berbasikal IJN Cardia Cycle yang terdiri daripada pakar-pakar jantung dan bahagian klinikal IJN sejauh 800km dari London ke Geneva selama 8 hari bermula 22 Ogos 2015 dan berakhir pada hari Merdeka 31 Ogos 2015.

Segala perkembangan serta maklumat boleh diperoleh melalui laman sosisal GAME di https://www.facebook.com/pages/Game2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan