Menjejak Misteri di Bagan Nakhoda Omar

  • 0
Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pekan kecil dalam daerah Sabak BernamSelangorMalaysia. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran pantai dan kampung nelayan. Merupakan destinasi istimewa bagi penggemar aktiviti memancing. Terdapat kemudahan chalet dan medan selera. Seperti yang aku nyatakan dalam tajuk post ini, "Menjejak Misteri di Bagan Nakhoda Omar" sebenarnya takde pun misteri apa. Saje nak propa.



ni peta laluan aku yang bermula dari pekan Kuala Selangor menuju Ke Bagan Nakhoda Omar melalui tanjong karang , sekinchanm sungai besar dan sabak bernam. Hari pertama kayuhan sejauh 80km dan bermalam di pantai BNO. Memang best.






Aku bermalam di tepi pantai dengan pintu khemah menghadap terus ke persisir pantai. Angin laut meniup lembut. Hampir aku terlelap tapi atas gangguan kekawan dan bau makanan. Aku tak jadi terlelap.


Malam tu ada macam macam makanan, nasi lemak super pedas, sirap power, bbq seafood seperti ketam apa entah, udang besar gila, ikan nama apa pun aku tak tahu dan ayam. Aku makan tanpa henti bagaikan dirasuk setan. Acara malam tu ada la sesi borak borak, bagi hadiah dan bergambar. Aku tak dapat hadiah dan aku kecewa lalu aku lepak dalam khemah.
Ini semua peserta yang ikut touring ke BNO. Dorang datang dari pelbagai daerah dan pelbagai negeri. Kayuh okayyyy. bukan drive. 
Pagi berikutnya, semua bersiap untuk kayuh balik rumah ikut laluan masing masing. Perjalanan aku masih jauh kerana aku akan melalui jalan lain yg jaraknya dalam 140km dan aku akan bermalam dii Felda Kampung Soeharto. Sebelum meneruskan perjalanan, aku ikut geng as-sakinah pergi sarapan di kediaman seorang lejen touring. Makan free aje kalau touring ni. hehehe

Setel sarapan, kayuh pergi lunch kat tempat lain pulak. kali ni tak free sebab berhenti kat kedai makan tepi sawah padi. Mood nak ambil gambar dah takde. Cuaca panas melampau, Aku rasa nak kayuh bogel je. 



Berkayuh dengan geng as-sakinah ni seronok seba mereka otai dan speed pun maintain dalam 20kmj je. Sambil kayuh tu borak borak, gelak dan aku sorang je menyanyi dengan harapan hujan. hahaha

Ramai tak puas hati bila aku pergi touring, ramai bertanya "Tak solat ke?", sebenarnya pergi touring atau mengembara mana mana kat ceruk dalam dunia ni tiada alasan untuk tidak solat. Aku berkayuh ratusan kilometer sehari, dengan aku yang berpeluh serta kotor akibat tempias air dan lopak tepi jalan. Aku sediakan sepersalinan pakaian untuk solat. Apa susahnya, singgah masjid, mandi, ambil wuduk dan solat. Pastu sambung la kayuh.









Sambung kayuh menuju ke Felda Kampung Soeharto di hari yang panas terik. Masih dapat maintain speed 20kmj walaupun dah tak larat. Malam tu aku bermalam di homestay Feld Kampung Soeharto bersama Abang Naz, Kak Zai dan anak lelaki dia. Dapat la tidur atas katil selepas penat kayuh. Pagi esoknya kami terus bergerak ke Kuala Selangor melalui Bestari Jaya dan bersarapan di Felda Sungai Tengi. Sarapan ditaja oleh otai As-Sakinah.













Perjalanan tidak terhenti di situ. Perjalanan seorang remaja nomad diteruskan ke destinasi seterusnya. Mencari ilmu dan pengalaman di jalanan adalah lebih baik daripada menjadi graduan dengan CGPA 3.85 tapi bodoh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan