Terlajak kayuh: Great Ocean Road

  • 2

Great Ocean Road, dalah sebuah jalan yang dibangunkan di pesisiran selatan Australia antara Geelong dan Warrnambool di Victoria. Jalan ini dibangunkan semasa Great Depression antara Perang Dunia I dan Perang Dunia II sebagai upaya Pemerintah Australia untuk membuka pekerjaan.
Kerana dibangunkan di pinggir pesisir, Great Ocean Road menyajikan pemandangan Selat Bass dan berbagai macam keindahan alam yang berupa formasi bebatuan sepertiLoch Ard Gorge dan Twelve Apostles serta London Arch. Beberapa kota juga menjadi tempat pariwisata seperti Lorne dan Apollo Bay.


Kayuhan bermula dari bandar Melbourne dengan perkara pertama adalah mencari sarapan. Wajib tu. Aku kayuh sekitar mandar Melbourne yang rata-rata sistem publib transport dan orang kat situ mesra basikal. Kayuh la camne pun atas jalan raya tu, keselamatan terjamin. 
Aku nak jimat masa sebab nak berkayuh ke Great Ocean Road yang sememangnya jauh. Oleh itu aku pergi melantak sarapan minum kopi panas apa entah nama dia dan tetiba terlajak makan fish and chip. 


Perut dah kenyang. Hati pun ada gembira. Apa tunggu lagi jom la kayuh!
Perjalanan aku bermula dari Federation Square ke St. Kilda Beach ke Geelong ke Great Ocean Road ke Apollo Bay. Jarak kayuhan yang direkotkan 200km. Orang cakap aku buat kerja gila. 










200km lebih kayuh demi nak bergambar dengan keindahan Great Ocean Road. Kepuasan tu masih tak puas la. Aku cuma berkayuh sehala sebab aku sampai pun dah lewat so aku tak dapat nak kayuh balik ke bandar. Apa yang aku buat adalah aku beli kereta mewah bersama driver dan balik ke bandar. Ok tu tipu je. hahahaha

Aku terpaksa balik naik train ke bandar so dalam perjalan pulang boleh la aku rehat. 



Australia memang best untuk berkayuh. Next trip aku akan ke Australia lagi untuk touring pulak dengan membawa misi "Kayuhan Nasi Lemak Sambal Kanggaru". 

2 ulasan: