Eksplorasi Pulau Mutiara

  • 0

Pulau Pinang atau lebih dikenali dengan nama "Pulau Mutiara" ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.
Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.


Perjalanan saya bermula di Lapangan Terbang Subang dengan menaiki kapal terbang menuju ke Lapangan Terbang Bayan Lepas di Pulau Pinang. Ketibaan saya agak lewat iaitu pada jam 1 tengah hari. Cuaca agak panas sekitar 38 darjah Celcius. Panas terik. Tapi dalam cuaca panas tu pun masih ada yang nak bergambar dengan aku dan basikal kat airport. Dapat la merasa macam selebriti kejap. hehehe
Selesai pack basikal, aku terus kayuh cari jalan nak ke kedai basikal kawan aku kat Bayan Lepas. Dekat je dengan airport tapi terasa jauh sebab banyak cabaran sepanjang perjalanan. Nafsu aku digoda oleh pelbagai bagai jenis makanan dan minuman segar bagi membasahkan tekak aku yang kering pada hari yang panas terik itu.



perjalanan dari airport ke kedai basikal tu cuma 6km je tapi aku ambil masa 2 jam untuk sampai. hahaha biasa la aku ni kuat makan, nafsu makan kuat sangat. Sampai kedai Specialized Concept Store je aku jumpa si Faizal. Dia mekanik hebat dalam arena basikal dan dia servis basikal aku secara percuma.


Selesai servis basikal, bergambar la. aku memang suka bergambar. hehehe pastu sambung kayuh la cari port makan dan jalan jalan pusing pulau. aku pun tak ingat apa nama tempat aku jejak tapi aku pasti ianya kat pulau pinang. kah kah kah















kau nampak helmet aku senget? tu maknanya aku dah penat kayuh. Sekarang pun aku dah penat update blog ni. internet malaysia macam cilaka perlahan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan