Membawa diri ke luar negara!

  • 0

Ramai bertanya, macam mana nak kerja kat luar negara? Tak bahaya ke kerja luar negara? macam mana nak balik malaysia? tidur mana nanti? bermacam macam soalan yang diatanyakan kepada aku dan setiap kali soalan ini diajukan kepada aku. aku terpaksa ulang ulang jawab. Oleh itu dalam blogpost kali ni aku nak bagi jawapan untuk soalan korang tu.



Jadi rasanya eloklah kalau aku menulis satu artikel khas secara lebih terperinci bagi menjawab kesemua persoalan yang sering ditanyakan kat aku. Tapi kena ingat, tips ini adalah berdasarkan pengalaman aku di negara United Arab Emirates dan pengalaman rakan-rakan aku di negara timur tengah yang lain, mungkin agak berlainan dari negara di rantau lain.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu korang tahu atau sediakan sebelum korang dapat bekerja di luar negara.
1. VISA
Visa dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi membenarkan anda masuk ke dalam negara tersebut. Visa biasanya menjelaskan tempoh masa yang dibenarkan dan juga maksud atau tujuan anda masuk ke negara tersebut – contohnya untuk melancong, belajar, bekerja dan sebagainya.
Sekiranya anda bercadang untuk datang bekerja – maka sudah pasti anda merancang untuk tinggal lebih lama dari 3 bulan. Jadi visa diperlukan. Pergi ke kedutaan negara tersebut dan pohon visa untuk ke negara tersebut. Anda perlu mengisi borang dan bagi sesetengah kedutaan anda perlu menghadiri temuduga sebelum visa dikeluarkan kepada anda sekiranya permohonan visa adalah untuk tujuan pekerjaan. Anda perlu menunjukkan bukti pekerjaan atau tawaran pekerjaan. Kemudian pihak kedutaan akan megesahkan perkara tersebut dengan bakal majikan anda sebelum visa dikeluarkan kepada anda. Visa akan dikeluarkan untuk tempoh 3 bulan.
Kenapa visa perlu sedangkan ia dikeluarkan hanya untuk 3 bulan? Masuk tanpa visa pun anda dibenarkan untuk 3 bulan juga?
Ia perlu kerana sekiranya anda masuk tanpa visa, anda dikira sebagai pelancong dan anda mesti mempunyai tiket balik samada bertarikh tetap ataupun tiket terbuka tanpa tarikh (open ticket). Yang pasti, tanpa tiket balik, anda boleh ditolak dari memasuki negara tersebut (refused entry). Contohnya anda tiba di lapangan terbang Frankfurt dan cuba melepasi pegawai imigresen. Anda tunjukkan passport – pegawai akan menyemak dan sekiranya tiada visa yg dilekatkan di passport maka beliau akan bertanya berapa lama anda akan berada di Jerman? anda menjawab 3 bulan, maka dia akan meminta untuk melihat tiket balik anda. Sekiranya anda gagal menunjukkan tiket balik, kemungkinan besar anda tidak akan dibenarkan masuk dan perlu terbang balik ke Malaysia on the spot.
Dengan adanya visa pula, isu mengenai tempoh anda tinggal di negara tersebut tidak akan timbul dan pegawai imigresen tidak akan bertanyakan tiket balik anda.
Sekiranya anda ingin datang dahulu, dan kemudian cari kerja maka anda boleh datang tanpa menggunakan visa (untuk negara Eropah sahaja – negara lain sila semak keperluan visa dengan pihak kedutaan). Jadi datang sebagai pelancong dan gunakan kesempatan selama 3 bulan untuk mencari kerja.
Ada negara mengeluarkan visa khas untuk rakyat Malaysia yang ingin bekerja sementara di sana melalui program yang dipanggil Malaysia Working Holiday Scheme. Sila baca tulisan saya sebelum ini.
3. PERMIT PEKERJAAN (WORKING PERMIT)
Tidak terlalu susah untuk mendapat pekerjaan di sesebuah negara sekiranya anda rajin dan tidak memilih kerja. Namun harus diingat, bahagian yang sukar adalah untuk mendapatkan permit pekerjaan. Sekiranya bekerja tanpa permit – anda dikira melakukan kesalahan yang besar. Sekiranya ditangkap anda boleh didenda, dipenjara dan dihantar balik ke negara asal. Kebanyakan majikan terutamanya di Jerman ini tidak akan mengambil pekerja tanpa permit. Sekiranya anda memohon sesuatu pekerjaan anda perlu menunjukkan permit dan sekiranya anda barulah anda diterima.
Namun begitu – anda boleh mencuba nasib dengan meminta agar bakal majikan menyediakan permit atau menawarkan pekerjaan terlebih dahulu kepada anda. Dengan tawaran pekerjaan tersebut maka anda boleh memohon permit pekerjaan. Permit akan dikeluarkan setelah pihak imigresen berhubung dengan majikan anda dan mengesahkan perkara tersebut.
Seterusnya setelah mendapat permit kerja maka bolehlah anda memohon permit penduduk.
2. PERMIT PENDUDUK (RESIDENT PERMIT)
Permit penduduk adalah kad pengesahan yang menyatakan anda adalah seorang penduduk di negara tersebut. Kad tersebut menunjukkan tarikh luput biasanya selama 2 tahun dan boleh diperbaharui.
Bagaimana nak dapatkan Permit Penduduk?
Anda mestilah tinggal di negara tersebut sebelum anda diberikan permit. Permit ini biasanya diberikan untuk orang yang tinggal dan bekerja di sesebuah negara. Anda mestilah mempunyai permit pekerjaan terlebih dahulu sebelum diberikan permit penduduk. Permit turut diberikan kepada pasangan yang sudah berkahwin. Permit turut menyatakan samada orang tersebut dibenarkan tinggal dan bekerja atau dibenarkan tinggal sahaja tapi tidak boleh bekerja (biasanya diberikan kepada pasangan atau isteri/suami).
Bagi pasangan yang mempunyai permit penduduk dan di dalam permit dinyatakan yang anda dibenarkan bekerja maka anda bolehlah mencari pekerjaan dengan mudah di mana anda secara automatik telah mempunya permit pekerjaan (seperti yg dinyatakan di dalam permit penduduk). Namun sekiranya anda tidak dibenarkan bekerja, kebiasaannya anda perlu menunggu selama 2 tahun dan anda boleh memohon permit pekerjaan.
3. LESEN MEMANDU 
Topik ini adalah sampingan kerana anda tidak wajib mempunyai lesen memandu untuk tinggal dan bekerja di sesebuah negara, melainkan kerja anda itu memerlukan anda mempunzai lesen memandu yang sah.
Sekiranya anda hanya datang untuk bercuti – lesen memandu Malaysia sah digunakan. Namun sekiranya anda ingin tinggal dan bekerja di mana-mana negara Eropah maka anda perlu memiliki lesen yang sah sekiranya ingin memandu. Lesen Malaysia hanya sah selama 6 bulan dari tarikh anda mula memasuki salah satu negara Eropah. Selepas 6 bulan lesen tersebut tidak akan diterima.
Anda boleh menguunakan International Driving Permit, yang sah selama 18 bulan – namun sekiranya lebih dari tempoh tersebut anda perlu lesen memandu yang dikeluarkan di mana-mana satu negara Eropah sekiranya anda ingin memandu.
Ingin memiliki lesen memandu Jerman yang sah seumur hidup serta diiktiraf di seluruh dunia memerlukan kos yang tinggi iaitu sekitar 1,800€ sehingga 2,000€ (Sekitar RM7,200 sehingga RM8,000) dan mengambil masa diantara 3 sehingga 8 bulan sebelum anda lulus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan